Tuesday, March 9, 2010

TIBA SABAR MENANTI TETAPI DEBARAN TETAP TERASA

ASSALAMUALAIKUM,
apa khabar semua?? hari ini adalah hari terakhir sebelum aku dapat result SPMku..jiwangku kian tidak keruan memikirkan resultku itu. Pelbagai cara telah aku lakukan dari berdoa kepada yg maha esa hinggalah menanggis dalam solat.. Aku terlalu takut dosaku selama ini akan menghalang kejayaanku dalam SPM..tiap kali aku berdoa, aku akn mohon kepada Allah agar janganlah aku gagal dalam peperiksaan bahana daripada dosa2ku yg lampau.

walaupun tekananku kian beransur hilang, aku tetap berdebar. Akhirnya aku ambil keputusan utk berkongsi keresahanku itu bersama2 dgn org tuaku. Aku rasa itulah langkah yg terbaik. Aku selalu bertanya kpd umiku "umi kalau ayie tak dpt terbaik utk SPM ini mcm mana?". Jawapan yg paling veteran yg aku akn terima ialah, "umi redha sebab ayang dah berusaha, sekarang ni berdoa dan tawakal je". itulah jawapan yg aku terima setiap kali aku menghadai peperiksaan besar seperti UPSR dan PMR. jawapan ini lah menyebabkan aku makin gementar,sebab aku sentiasa mahu memberi yg terbaik kepada mereka.walaupun nada jawapannya seakan tiada apa2, tapi aku tetap berasa serba salah dgn mereka jika aku tidak boleh beri yg terbaik kepada mereka. tambahan pula, mereka berdua telah byk berkorban utkku dan sentiasa mengharapkan aku utk memberikan contoh yg terbaik utk adik2ku.

"ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku utk membahagiakan kedua ibubapaku! sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa izinmu ya rabbi..janganlah engkau bebani pundakku dgn beban kegagalan khususnya dlm peperiksaan SPM ini. Ya Allah redhailah juga teman2ku yg lain,berikanlah mereka kejayaan setimpal dgn usaha mereka"~amin~